Najib Razak

KUALA LUMPUR – “Apa pun, welcome to kluster mahkamah soon.”

Itu sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sensitifnya! Saya sudah tunjukkan dengan bukti bahawa dia (Muhyiddin) berbohong dia sakit di luar negeri ketika bayaran didakwa buat padanya.

“Dia marah pulak. Terus kata dia tak mahu ulas lagi,” tulis Najib di media sosialnya malam tadi.

Muhyiddin semalam menyelar Najib dengan mengatakan bekas bosnya itu tidak perlu menjadi hakim dan lebih baik menyelesaikan kes mahkamahnya terlebih dahulu.

Muhyiddin berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan Najib yang mempertikaikan tarikh rawatan Muhyiddin selepas dakwaan beliau menerima sejumlah RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd. (UKSB) pada 2018.

Pada Sabtu lalu, Najib mempersoalkan dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak menerima rasuah sebagaimana yang didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Ia ekoran penafian Muhyiddin yang beliau tidak pernah menerima wang daripada UKSB dan mengatakan adalah mustahil menerima rasuah ketika beliau sedang menjalani rawatan akibat kanser.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Najib bukan hakim, elok dia urus kes mahkamah dulu – Muhyiddin