Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar. Foto HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan sempena perlawanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Cup 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bermula esok sehingga 30 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kawalan akan diperketatkan di luar dan di dalam stadium.

Penugasan polis melibatkan kawalan lalu lintas dan keselamatan bermula pukul 5 petang esok selain memastikan semuanya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditentukan.

Pemeriksaan badan dan beg yang dibawa penontong juga dibuat dan melarang mereka membawa mercun, topi keledar, laser, pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras, payung serta tongkat.

Perlawanan Peringkat Kumpulan H itu melibatkan tiga kelab iaitu Kuala Lumpur City FC, PSM Makassar dan Tampines Rovers.- MalaysiaGazette