Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama rakannya berhampiran balai raya Chengal Lempong, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity telah ditemukan oleh orang awam sekitar tali air itu selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans namun pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast