Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Clinic 365, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,025 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan 20 kes import.

Jumlah itu menjadikan kes terkumpul bertambah kepada 4,522,829.

Kes kematian juga bertambah kepada empat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,758, menurut data COVIDNOW.

Angka kes aktif yang dilaporkan dalam tempoh sama pula sebanyak 27,747.

Daripada jumlah itu 26,541 menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin Rawatan Covid (14) dan hospital (1,155).

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 37 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette