Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Clinic 365, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Negara merekodkan 2,536 kes jangkitan akibat Covid-19 semalam termasuk tiga kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 4,536,119.

Dalam tempoh sama, lima kematian direkodkan, menjadikan kes terkumpul sebanyak 35,776.

Kes sembuh pula 3,123, menurut laman sesawang COVIDNOW.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 29,793 dengan kes kemasukan hospital 1,221 atau 4.1%.

Daripada jumlah itu, 45 kes dirawat di unit rawatan rapi hospital termasuk 26 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang dikuarantin di rumah pula sebnayak 28,508 atau 95.7% dan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-9 sebanyak 19 atau 0.1%. – MalaysiaGazette