Tuesday, April 23, 2024
Home Nasional Lelaki disyaki bunuh isteri, anak direman 7 hari

Lelaki disyaki bunuh isteri, anak direman 7 hari

Tertuduh diiringi polis ketika dibawa di Mahkamah Majistret untuk direman atas pertuduhan membunuh isteri dan anaknya. Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya berumur tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini, direman tujuh hari bermula hari ini.

Tempoh reman hingga 11 Julai terhadap pencuci kapal berumur 24 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nur Izzaty Muhammad Zahari.

Semalam, polis menahan lelaki terbabit di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemui di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada 2.45 petang dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging daripada lelaki itu. – BERNAMA