Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad Yakob.

KUALA LUMPUR – Demi solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir di daerah Baling, Kedah Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan pemberian sumbangan berjumlah RM50,000.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob tatkala Kerajaan Negeri Kedah sekali lagi diduga dengan tragedi banjir.

“Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di negeri Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

“Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, Kerajaan Negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah,” kata Ahmad Yaakob dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, kerajaan Kedah dan Kelantan dipimpin oleh parti yang sama iaitu Pas.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 25 buah rumah telah musnah sama sekali ekoran banjir yang melanda daerah tersebut.

Tiga sekeluarga ditemui maut dalam tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang baru-baru ini. – MalaysiaGazette