Gambar Hiasan. Foto MUHD NA'IM, 25 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Advokasi Keselamatan Jalan Raya untuk pemandu bas ekspres di Terminal Bas Shah Alam dan Putrajaya Sentral pada 7 dan 8 Julai ini.

Menurut kenyataan JPJ, program advokasi tersebut dilaksanakan selari dengan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (Ops HRAA) 2022 yang bermula pada 7 hingga 8 Julai dan 12 hingga  13 Julai ini di seluruh negara .

“Advokasi keselamatan jalan raya menekankan tentang keperluan setiap pemandu bas ekspres mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap, keperluan pemandu kedua, serta mematuhi peraturan lalu lintas agar pemandu dan penumpang selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Dalam program yang sama juga, penumpang bas turut diberikan khidmat nasihat mengenai saluran aduan JPJ sekiranya terdapat pemandu bas yang memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas.

“JPJ akan melaksanakan program-program berbentuk advokasi sebegini bagi mencapai visi dalam menjadikan “Malaysia Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya” sekaligus memupuk kesedaran kepada pemandu kenderaan supaya sentiasa peka dengan kenderaan yang dipandu di samping menerapkan budaya pemanduan yang selamat ketika berada di jalan raya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast