SERDANG – Seramai 45 sukarelawan UPM telah bertolak ke Baling, Kedah pada 6
Julai 2022 (Rabu) untuk menjalankan Misi Kesukarelawanan Pasca Banjir bagi membantu
mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, Baling, Kedah.
Misi itu adalah sebahagian daripada usaha bersama oleh Majlis Sukarelawan Universiti
Malaysia (MASKUM).
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu
melepaskan pasukan pelajar sukarelawan UPM perkarangan Pejabat Pusat Kokurikulum
dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM disaksikan oleh Pendaftar, Muhazam Mansor,
Pengarah PKPP, UPM, Prof. Ts. Dr. Nur Izura Udzir, Pengerusi Jemaah Pengetua, Prof.
Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Presiden INSAN, Presiden Kelab Pembangunan Insaniah
(INSAN), Hazrisham.
Pihak Sukarelawan UPM turut menyalurkan bantuan barangan keperluan kepada mangsa
banjir iaitu seperti susu, makanan kering dan pampers.
Selain itu, misi anjuran PKPP, UPM dan INSAN, UPM dengan kerjasama Kor SISPA UPM
turut disertai wakil dari ASPer UPM, kenderaan dari Fakulti Kejuruteraan, UPM diiringi polis
bantuan dari Bahagian Keselamatan UPM serta mendapat sumbangan dari Pejabat
TNCHEPA, UPM dan WAZAN, UPM. – MalaysiaGazette