Pokok gergasi yang berusia 3,000 tahun di i Taman Negara Yosemite. Foto Getty Images

CALIFORNIA – Kebakaran hutan yang semakin meningkat di sini mengancam hutan sequoia gergasi terbesar di Taman Negara Yosemite.

Kebakaran Washburn telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 24 jam yang lalu dan kini dianggarkan telah membakar kawasan seluas 1,591 ekar.

Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran untuk melindungi beberapa pokok kayu merah terbesar dan tertua di dunia.

Penduduk berhampiran lokasi kebakaran telah dipindahkan dan asap tebal telah memburukkan kualiti udara di rantau itu dan mengaburkan pemandangan indah taman itu.

Kebakaran, yang bermula pada 7 Julai lalu mengancam sekurang-kurangnya 500 sequoia gergasi di Mariposa Grove, termasuk Grizzly Giant yang terkenal yang dianggap berusia sekitar 3,000 tahun.

Buat masa ini, tiada pun daripada pokok-pokok tersebut dalam kebakaran itu.

Jabatan pengurusan bomba dan penerbangan Yosemite berkata ia “melindungi secara proaktif” hutan itu dengan menyediakan sistem pemercik untuk meningkatkan kelembapan di sekitar pokok.

Kebakaran Washburn telah memaksa hampir 1,600 orang mengosongkan kawasan itu, termasuk komuniti Wawona yang tinggal di dalam taman negara dan ratusan perkhemahan yang berada berhampiran dengan Wawona.

Punca kebakaran masih disiasat.

Pegawai bomba berkata, keadaan cuaca panas dan kering menyebabkan api sukar dikawal.

Sequoia gergasi adalah beberapa pokok terbesar di planet ini.

Yang terbesar ialah 83 meter (275 kaki) tinggi dan lebih daripada 11 meter (36 kaki) diameter di pangkalan.

Umur pokok-pokok ini luar biasa kerana boleh hidup sekitar 3,000 tahun – juga menjadikan ia antara makhluk hidup tertua di bumi. – BBC