Fumio Kishida Perdana Menteri Jepun. foto- Reuters

TOKYO – Pakatan pemerintah Jepun memperluaskan majoritinya dalam pilihan raya Parlimen yang diadakan Ahad, dua hari selepas pembunuhan Shinzo Abe, yang mengetuai blok itu meraih pelbagai kemenangan sepanjang tempohnya sebagai perdana menteri.

Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Perdana Menteri, Fumio Kishida serta parti gabungannya, Komeito, mengukuhkan majoriti dengan memenangi 75 daripada 125 kerusi di dewan perwakilan.

Gabungan parti itu kini menguasai majoriti lebih dua pertiga kerusi dewan, sekali gus memberikan mereka kuasa untuk meminda perlembagaan negara.

Keputusan itu mungkin akan menyokong Perdana Menteri sekarang Fumio Kishida, untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam LDP yang telah lama memerintah.

Kishida berkata, keutamaannya kini adalah memulihkan ekonomi.

Keputusan undi itu melebihi 56 kerusi yang mereka perlukan untuk mengekalkan majoriti dan 69 kerusi yang mereka perlukan.

Undi simpati berikutan kematian Abe nampaknya telah mengubah keseimbangan di beberapa kawasan pilihan raya, menurut penganalissi politik, Shigenobu Tamura.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak membawa kepada lonjakan besar bagi blok pemerintah, yang telah diunjurkan oleh akhbar Yomiuri sebelum pembunuhan itu untuk memperoleh antara 65-80 kerusi.

Saham Jepun meningkat pada hari Isnin, dengan Indeks Topix memperoleh sebanyak 1.6%, sejajar dengan kenaikan selepas setiap tiga pilihan raya Parlimen yang lalu selepas mana gabungan pemerintah mengekalkan majoriti.

“Walaupun kesan ke atas ekuiti Jepun dijangka terhad tetapi terdapat peningkatan kemajuan yang stabil dalam dasar, yang akan menjadi faktor sokongan untuk saham Jepun,” Ryota Sakagami, ahli strategi ekuiti untuk Pasaran Global Citigroup Jepun. – Reuters