KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan
Sumber kerajaan itu mengesahkan nama Tajuddin tidak ada dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok, lapor portal FMT.
Apabila dihubungi, seorang sumber kerajaan yang arif tentang perkara itu mengesahkan terdapat ‘perbezaan pandangan’ terhadap pelantikan Tajuddin.
“Ini menyebabkan nama dia (Tajuddin) tidak termasuk dalam senarai terbaharu envoi yang akan menerima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya.
Pada bulan lalu, Tajuddin mengesahkan beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. – Malaysiagazette