khairuddin aman razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. Foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2022.

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bukan lagi Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selepas tidak sampai setahun bersama syarikat itu.

Berdasarkan tinjauan di laman sesawang syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu, profil dan gambar Mohd. Khairuddin telah diturunkan daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah PAAB.

Tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin Pas itu meletakkan jawatan atau ditamatkan kontrak oleh syarikat berkenaan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada PAAB mahupun Mohd. Khairuddin sendiri berhubung perkara tersebut.

Bulan lalu, portal MalaysiaGazette melaporkan, desas desus mengenai Kementerian Kewangan (MoF) yang ketika itu dipercayai sedang mempertimbangkan untuk menamatkan perkhidmatan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif PAAB.

Ia susulan keputusan Mohd. Khairuddin keluar daripada Pas pada 14 Mac lalu memandangkan pelantikannya sebagai Pengerusi PAAB ketika beliau bersama parti tersebut.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif PAAB pada 15 Disember 2021 menggantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Khairuddin ditamatkan kontrak sebagai Pengerusi PAAB?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast