Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dilaporkan tertembak rakannya dengan senapang di Hulu Langat awal bulan lalu akan dituduh di Mahkamah Kajang esok.

Manakala pemegang lesen senjata api pula akan didakwa dalam masa terdekat ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, abang simati dan rakannya akan diikat dengan bon sebagai saksi pendakwaan.

Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor hari ini dan arahan mendakwa suspek di bawah Sek 304 A Kanun Keseksaan dan Sek 8(a) Akta Senjata 1960.

Manakala, pemegang lesen senjatapi akan dituduh di bawah Sek 41 Akta Senjata 1960 kerana bersubahat membenarkan senjata apinya digunakan tanpa lesen.

Dalam 6 Julai lalu, seorang lelaki, 32, maut selepas terkena tembakan peluru penabur dari senapang rakannya di Hulu Langat.

Ketika kejadian mangsa bersama tiga rakannya dikatakan masuk ke kawasan hutan untuk ke kawasan kebun durian yang berada di atas lereng bukit yang jaraknya lebih kurang dua kilometer perjalanan.

“Setakat ini siasatan mendapati semasa dalam perjalanan salah seorang rakan yang membawa senapang patah telah tergelincir di lereng bukit dan senapang yang dipegang terpelanting dari tangan serta berlaku tembakan.

“Salah seorang rakan mereka yang berada di belakang dalam jarak lebih kurang tiga meter telah terkena tembakan tersebut dan disahkan mati di tempat kejadian setelah pasukan ambulans tiba di lokasi kejadian,” kata kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. – MalaysiaGazette

Lelaki mati tertembak oleh rakan sendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast