PASIR PUTEH – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan antaranya dua lori muatan pasir dan besi serta 21 basikal, di Jalan Kamunting, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain dalam kejadian pukul 9.05 pagi itu.
“Kenderaan yang terbabit adalah dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.
Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh manakala kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian selesai pada pukul 11 pagi tadi.
— BERNAMA