Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rozita Che Wan meminta agar orang ramai tidak membandingkan produk inai keluarannya bersama temannya, Anaz Zahrin dengan usahawan lain.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, setiap orang mempunyai rezeki masing-masing.

“Rezeki Allah sangat luas, buat apa nak gaduh gaduh. Buat apa nak sakit hati sesama sendiri, hampa pun kalau satu kek yang besar tu kalau nak makan sorang, takkan habis. Mesti kena kongsi dengan orang lain.

“Che Ta is Che Ta, tolong jangan banding dengan orang lain. Berniagalah dengan cara yang jujur, takkan nampak hebat pun hampa kalau korang asyik kutuk atau jatuhkan orang lain. Setiap rezeki sudah tertulis,” tulisnya.

Sementara itu, Che Ta berkata, semua usahawan boleh bersama menjalankan perniagaan dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

“Simple je korang, kita niaga sama sama. Kita dapat rezeki sama sama, rezeki untuk dikongsi bukan untuk dibolot seorang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua ya.

“Kalau nak inai warna maroon rose ala ala fresh boleh pakai Inai Che Ta, kalau nak pakai inai selain warna inai yang kami buat ni, brand lain pun ada.. takda hal pun korang nak kongsi,” katanya.

Sementara itu, Che Ta menjelaskan, mengapa inai keluarannya dijual dengan harga serendah RM15 sahaja.

“Kami tak kacau siapa-siapa. Kami jual harga RM15 ini pun sebab kami nak semua merasa pakai inai Che Ta. Tak kisah la korang jual inai ke apa, rezeki Allah SWT kan luas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast