Abdul Aziz Mohd Yusof melepaskan konvoi kumpulan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS di Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbangkan RM120,000.00
kepada mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, baru-baru ini.

Sumbangan itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS.

Daripada jumlah tersebut, MAIS menyumbang wang tunai sebanyak RM50,000.00 dan 500 pek makanan asas dengan nilai RM50,000.00, manakala YIDE pula menyediakan 100 unit selimut dan 100 unit set dapur memasak dengan jumlah RM20,000.00.

Sumbangan MAIS sebanyak tunai sebanyak RM50,000.00 itu akan diberikan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi tujuan agihan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir berkenaan.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof berkata, pihaknya amat prihatin dengan keperluan maslahah ummah khususnya di negeri Kedah dan apabila berlaku ujian seperti ini, MAIS, agensi dan anak syarikat akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan kepada mangsa banjir ini bertujuan memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka. – MalaysiaGazette