KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti kontroversi, Datuk Seri Vida mendakwa kedai perniagaan anaknya, Cik B yang terletak di Ipoh, Perak yang semakin kekurangan pelanggan adalah kerana perbuatan sihir.
Menerusi Instagram miliknya, Vida atau Hasmiza Othman meluahkan rasa kecewa dengan situasi tersebut.
Beliau hairan kerana kedai anaknya itu sunyi sepi tanpa kehadiran pelanggan berbanding kehangatan sambutan sewaktu kedai Cik B yang menjual makanan dan minuman tular dan trendy itu mula dibuka dahulu.
“Kedai Cik B sebelum ini sangat popular. Orang datang dekat Jelapang tapi mereka kata kedai ini ada terkena sihir. Saya tak percaya masa itu. Bayangkanlah, ada yang beritahu, mereka datang sini tapi nampak kedai tutup sedangkan saya memang buka.
“Ada juga yang beritahu kata tak nampak kedai saya,” katanya.
Selain itu, Vida mendakwa, beberapa batang pokok pisang yang terletak di persekitaran kedai Cik B juga dikatakan telah disihir dan diletakkan benda berkaitan sihir oleh individu tidak bertanggungjawab atas tujuan tersebut.
“Saya ada pergi berubat (secara alternatif), dan didapati ada yang letak benda sihir tersebut di pokok pisang itu. Jadi saya tebang pokok-pokok itu bagi buang sial. Siapa yan dajalkan aku, nk buang sial. Aku tebang dan cantas pokok pisang ini!” katanya.
Sementara itu, Vida mendakwa, dia sudah mengetahui siapakah individu yang melakukan perkara terkutuk itu terhadapnya namun enggan mendedahkan siapakah orangnya bagi menjaga aib.
“Satu lagi, ini bukan bahan kandungan media sosial ya. Saya nak beritahu kedai saya jadi sendu sebab orang datang tapi tak nampak,” katanya. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast