Empat penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Tiga penunggang motosikal terkorban dalam satu kemalangan membabitkan beberapa buah motosikal serta kereta di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini hari ini.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19; Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22; dan Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25.

Kejadian pukul 4.40 pagi itu mengakibatkan beberapa lagi penunggang mengalami kecederaan dan mereka kini dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Keadaan motosikal yang ditunggangi salah seorang mangsa dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, saksi yang ingin dikenali sebagai Roy berkata, berlaku satu kemalangan membabitkan beberapa motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kemalangan tersebut.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital
Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

“Sebelum kejadian saya bersama beberapa rakan sedang bantu mangsa kemalangan sebelum tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

“Tiba-tiba saya lihat ramai penunggang motosikal jatuh bergelimpangan termasuk ada dalam kalangan mereka berlumuran darah.

“Susulan itu, kami bantu mengalihkan motosikal mereka yang terlibat sebelum mendapati tiga orang daripada mereka sudah tidak bergerak manakala beberapa orang lagi meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian awal pagi tadi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. video tular ….mereka berlumba sesama sendiri,,,ramai yg menonton tepi jalan penuh BANGGA….remaja me LAYU merempit tengah pagi…sama kes BASIKAL LAJAK di JB….nitezen akan salah dan tuding jari pihak lain…maka tanggunglah angkara yang kamu buat

  2. GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan tujuh penunggang motosikal termasuk empat daripadanya yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram.///BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG….SALAHKAN DIRI SENDIRI

    • Yang masih hidup segan mati tak mahu sila jadi penceramah motivasi kongsi pengalaman merempit melulu di waktu solat sunnah qiyamulail semoga diambil ikhtibar hendaknya.

Comments are closed.