Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendaki ke Puncak Bukit Sunrise, Sungai Lembing, Pahang.

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendaki ke Puncak Bukit Sunrise, Sungai Lembing, bersama anak muda, semalam .

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Shahar Abdullah berkata, baginda memulakan pendakian seawal jam 6.30 pagi dan sampai ke puncak dalam masa setengah jam pada program Royal Hike @ Sungai Lembing bersempena Program Paya Besar Dialogue 2022.

Setibanya di puncak, baginda menikmati pemandangan matahari terbit.

ARTIKEL BERKAITAN :

Bukit Merah lokasi unik buat pendaki

Pemangku Raja Pahang daki Bukit Merah 21 minit

Pahang Hiking Day 2022 promosi kawasan bukit kepada peminat sukan rekreasi

“Di puncak Bukit Sunrise, Tengku Hassanal  berkenan menanam sepohon pokok simbolik kepada tema Paya Besar Dialogue 2022 iaitu kelestarian alam sekitar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tapak pokok yang ditanam oleh Pemangku Raja Pahang ketika mendaki di Bukit Sunrise, Sungai Lembing, Kuantan

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan ADUN Sungai Lembing, Datuk Sohaimi Mohamed Shah.

Sebelum ini,  baginda mendaki Bukit Merah di Jerantut setinggi 371 meter dengan rekod 21 minit. – MalaysiaGazette