Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,588,222 dengan pertambahan 3,080 kes semalam.

Data COVIDNOW menunjukkan sebanyak tujuh kematian dilaporkan semalam termasuk tiga kes berlaku di luar hospital.

Ini menjadikan kes terkumpul kematian meningkat kepada 35,862.

Daripada jumlah itu, sebanyak 42,185 kes aktif dengan 1,472 (3.5%) dirawat di hospital termasuk 57 di unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 37 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 40,622 dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid (34).

Kes sembuh yang direkodkan sebanyal 3,399. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast