Kereta dipandu seorang lelaki meluncur sebelum merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bukit Rambai, Melaka.

MELAKA – Gara-gara tersilap tekan pedal minyak kereta dipandu seorang lelaki meluncur sebelum merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bukit Rambai, di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Ya’akop Baba, 57, yang memandu kereta Proton Saga sebelum itu sedang mengisi minyak kenderaannya.

“Selepas beberapa minit mengisi minyak, peniaga berkenaan memasuki kenderaannya sebelum tiba-tiba tertekan pedal minyak menyebabkan Proton Saga dipandu meluncur melanggar panel kaca kedai serbaneka stesen minyak terbabit.

“Lelaki itu dan orang awam yang berada di tempat kejadian bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Kereta dipandu seorang lelaki meluncur sebelum merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bukit Rambai, Melaka, lewat malam tadi.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi daripada pengadu berusia 50 tahun yang juga pemilik stesen minyak berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast