Program pengajaran dianjurkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

KUALA LUMPUR – Selepas 27 tahun, syarikat ilmiah, Minda Optima Sdn. Bhd. masih teguh berkhidmat atas misi utama membantu ibu bapa berdepan masalah anak-anak gagal membaca.

Bagi pengasasnya, Zalma@Rashida Mamat, usaha murni itu tidak akan pernah bernoktah.

Malah bagi bekas guru bidang pendidikan awal kanak-kanak dari Institut Bahasa Kuala Lumpur itu, kecintaannya banyak dizahirkan menerusi syarikat berkenaan yang berpengkalan di Sri Gombak itu.

Hingga kini selain berpaksikan pengajaran dalam talian terdapat tiga pusat tuisyen di Taman Sri Gombak, Taman Melawati dan Setiawangsa dengan 110 tenaga pengajar serta 11 kakitangan syarikat itu.

Keistimewaan yang ada hingga boleh kekal relevan hingga kini, kata Zalma kerana mereka mengutamakan pendekatan linguistik.

“Masuk kelas atau program kami anjurkan pun tanpa ada pra syarat tertentu. Ia termasuklah cara tidak menekankan kanak-kanak untuk menghafal huruf atau abjad.

“Sebaliknya, kami mengajar mereka mereka menggunakan teknik serta kaedah penggunaan posisi mulut dan kedudukan alat artikulasi yang betul bagi menghasilkan sesuatu bunyi,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Lebih 5,000 ibu bapa memilih untuk memasukkan anak mereka dari usia empat hingga ke 12 tahun ke kelas percubaan percuma.

Kata Zalma, 52, lagi, sejak era pandemik Covid-19 dua tahun lalu mereka juga memperkenalkan inisiatif kelas percubaan percuma dalam talian untuk satu sesi berdurasi sejam setengah untuk kanak-kanak yang belum fasih membaca.

“Hingga kini sudah lebih 5,000 ibu bapa memilih untuk memasukkan anak mereka dari usia empat hingga ke 12 tahun ke kelas percubaan percuma ini.

“Malah kita melihat ramai pelanggan yang datang rata-rata anak mereka berusia enam tahun yang bakal mendaftar ke sekolah rendah masih lagi gagal membaca dengan baik.

“Apa yang kami boleh simpulkan kelemahan itu ada yang berpunca dari masalah anak kurang fokus dan juga kegagalan guru menangani masalah gaya pembelajaran anak-anak yang berbeza menyebabkan ramai yang tercicir,” katanya.

Tambah Zalma, sasaran syarikatnya juga lebih menumpukan kepada dua golongan di mana pertama, kanak-kanak yang belum masuk ke tadika atau sekolah rendah tetapi ibu bapa mahu mereka boleh membaca lebih awal.

Kedua pula kata beliau, dalam kalangan murid yang sudah bersekolah iaitu tahun satu hingga enam tapi tetap gagal membaca hingga dimasukkan ke kelas pemulihan.

“Program pengajaran kita anjurkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kelas percubaan percuma dalam talian itu mengehadkan satu kumpulan terdiri daripada tujuh kanak-kanak supaya memudahkan pengajar memberi perhatian kepada semua secara ‘one to one,” katanya.

Hasil pembelajaran dari kelas percubaan percuma ini ternyata memberi kegembiraan kepada ibu bapa apabila anak mereka dapat menguasai teknik bacaan dalam masa sesingkat satu jam setengah.

“Seterusnya kita alu-alukan ibu bapa untuk menyertai kelas berbayar kami dengan tiga pakej dan pilihan jangka masa. Mereka boleh pilih untuk mendaftarkan anak mengikut sasaran penguasaan membaca yang diingini ibu bapa iaitu lancar membaca dalam masa satu bulan, tiga bulan atau pun enam bulan.

“Tempoh paling banyak menjadi pilihan ibu bapa ialah selama tiga bulan. Kita tawarkan harga yuran bulanan dari serendah RM140 hingga RM310 sebulan dan ilihan di tangan mereka.

“Layari klik pautan https://pantasbaca.com/ atau ke Instagram rasmi di @mindaoptimahq untuk mencuba kelas percubaan percuma dan program berbayar ditawarkan,” katanya.

Minda Optima Sdn Bhd berkhidmat aaats misi utama membantu golongan ibu bapa yang berdepan dengan masalah anak-anak gagal membaca sejak 27 tahun lalu.

Zalma menjelaskan pada awalnya kelas intensif membaca yang ditafsir niche market itu dilihat tiada kepentingan dan impaknya untuk diketengahkan.

“Namun selepas diamati seiring dengan pengalaman saya dalam pendidikan awal kanak kanak, ia adalah mula menjadi trend hingga jadi keperluan utama anak anak sebelum mulai melangkah ke tahun satu.

“Saya melihat ibu bapa tidak boleh bergantung kepada pra sekolah atau tadika semata-mata untuk beri pendedahan awal anak mereka dalam kemahiran membaca.

“Jadi kehadiran syarikat dan misi kami ini mampu menjadi langkah awal untuk kanak-kanak menguasai dan terdedah dengan kemahiran membaca,” katanya.

Kata Zalma lagi, satu kepuasan apabila melihat testimoni kejayaan anak anak yg menyertai program yang dianjurkan Minda Optima dengan pelbagai latarbelakang masalah bacaan.

“Ada pelajar kami yang mengalami kesukaran membaca kerana ada masalah disleksia, tetapi selepas menyertai 24 sesi kelas sudah berjaya menghabiskan silibus dan membaca buku cerita secara berdikari. Ada yang baru sertai dua tiga sesi pun sudah boleh lancar membaca dengan izin-Nya.

“Malah bukan sesuatu yang pelik ada pelajar di usia 15 tahun juga menyertai kami sama ada keciciran atau ketinggalan dalam kelas di sekolahnya. Yang tiak boleh catch up dan tidak fokus di sekolah pun ada yang kita bantu.

“Tidak ketinggalan ada testimoni pelajar yang sudah tiga tahun ke tadika dan mencuba berbagai kaedah bacaan tapi masih gagal, namun berjaya membaca setelah menyertai program bacaan di Minda Optima dan ambil pakej sebulan setengah tetapi sudah pantas membaca,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast