Seorang pekerja stesen minyak Petronas meletakkan picu pengisian minyak ke tempat asalnya di Stesen Minyak Pteronas, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM4.65 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Julai 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette