Matthijs de Ligt. Foto Metro

LONDON – Bayern Munich berjaya menandatangani pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt menerusi perjanjian lima tahun hari ini dengan pemain antarabangsa Belanda itu.

Presiden Bayern, Herbert Heiner berkata, De Ligt adalah sasaran utama buat mereka dan dengan pembelian seperti itu impian kelab sudah tercapai.

“Kami mahu membentuk masa depan pasukan,” katanya.

De Ligt bakal kan menjadi tonggak utama selepas juara Jerman itu melalui era selepas Robert Lewandowski.

Juventus berkata, pertahanan tengah Belanda itu menyebabkan Bayern perlu membayar 67 juta euro (RM305.07 juta) dengan 10 juta (RM45.53 juta) dalam bentuk bonus.

Ia membabitkan perpindahan kedua terbesar dalam sejarah Bayern selepas 80 juta (RM364.26 juta) dikeluarkan bagi mendapatkan seorang lagi pertahanan, Lucas Hernandez pada 2019.

Bayern akan menggunakan wang daripada perpindahan penyerang Poland, Lewandowski ke Barcelona yang dianggarkan melebihi 45 juta euro (RM204.90 juta) bagi membantu pembelian itu. – Agensi

https://www.espn.com/soccer/soccer-transfers/story/4703612/mls-off-table-as-jesse-lingard-mulls-premier-league-options-sources

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast