Seorang lelaki didakwa menghina islam yang tular di sosial media dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.Foto MUHD NA'IM, 21 JULAI 2022.

SEPANG – Seorang penghantar makanan dihukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Sepang kerana menghina Islam setelah lelaki itu gagal membayar denda sebanyak RM50,000.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menerusia kenyataan berkata, Mohd Nor’muzil Mohd Razalli, 39, dihantar ke Penjara Kajang tengahari tadi berikutan kegagalannya membayar denda itu.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju T hijau dan berseluar jeans diiringi polis dibawa ke Mahkamah Sesyen jam 8.50 pagi tadi.

Bdeliau mengaku bersalah selepas memuat naik hantaran jelik di Youtube pada 16 Julai 2022.

Mohd Nor’muzil dijatuhkan hukuman oleh Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dilakukan pada 16 Julai lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang duda tinggal di Pangsapuri Putra Indah, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan mengaku bersalah memuat naik hantaran video jelik yang menghina agam Islam, Nabi Muhamad SAW serta Allah selepas kertas pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Rizki pada pukul 9.40 pagi tadi.

Semasa hukumannya dibacakan, hakim jmengarahkan Mohd Nor’muzil menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hakim suruh penghantar makanan bertaubat, didenda RM50,000 hina Islam

Penghantar makanan hina Islam didakwa esok

Dalam keputusan sama, Ahmad Rizki juga menasihatkan tertuduh agar menginsafi terhadap kesalahan yang dilakukannya. – MalaysiaGazette