Dua individu warga asing ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang warga asing di Jalan Tun H.S.Lee, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dua individu yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga asing Jalan Tun H.S.Lee, di sini, 19 Julai lalu dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata berkata, kedua-dua suspekwarga asing  yang berumur 40 tahun dan 46 tahun kini direman selama selama tujuh hari mulai hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan polis.

“Setakat ini secara keseluruhannya seramai tiga lelaki bukan warganegara telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

“Motif dan punca kejadian pembunuhan mangsa masih dalam siasatan pihak polis dan dengan tangkapan dua suspek terkini termasuk suspek utamanya diharap dapat menimbulkan motif kejadian bunuh ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Noor Dellhan berkata, polis telah mengenal pasti identiti seorang suspek utama kes bunuh di Jalan Tun H.S Lee yang membabitkan tiga individu diserang yang mana seorang meninggal dunia.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga asing mati ditikam benda tajam