Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menandatangani plak perasmian Skywalk Kuantan 188 di Menara Kuantan 188 hari ini.

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Skywalk Kuantan 188 sempena Karnival MM1030 hari ini.

Baginda menandatangani plak perasmian dan menyaksikan persembahan demonstrasi Skywalk oleh enam kakitangan Pretty World Resources yang diadakan di Pelantar Skydeck.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan persembahan demonstrasi Skywalk oleh enam kakitangan Pretty World Resources yang diadakan di Pelantar Skydeck selepas merasmikan Skywalk Kuantan 188

Sebelum itu, baginda menyempurnakan ‘flag off’ Larian Pelancaran MM1030 Kuantan 188 yang disertai Mejar Dr. Suwaibah Nasir mendaki Menara Kuantan 188.

Suwaibah, 49, mendaki menara bermula dari tingkat Laman Hijau sehingga ke Pelantar Skydeck dalam tempoh 6 minit 40 saat.

Dengan pelepasan larian itu, beliau kini memulakan misi menawan sepuluh menara di Malaysia dan 30 menara tertinggi di dunia (MM1030).

Selain Menara Kuantan 188, Suwaibah dilaporkan akan mendaki Menara ‘Rebung’ TM, Menara Alor Setar dan Menara Komtar. -MalaysiaGazette