white house
Foto: The White House

WASHINGTON – Rumah Putih pada Jumaat mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan pakej bantuan keselamatan tambahan bernilai AS$270 juta kepada Ukraine.

Menurut maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan, bantuan baharu itu termasuk empat “Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi” (HIMARS) dan peluru, empat kenderaan perisai, senjata antiperisai serta 580 sistem taktikal udara “Phoenix Ghost”, lapor Xinhua.

Sebahagian daripada pakej itu, berjumlah US$175 juta, akan terus diluluskan Presiden Joe Biden di bawah kuasa pengeluaran presiden (PDA), menurut Pentagon, baki US$95 juta pula menerusi Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine menerusi dana Jabatan Pertahanan ( USAI).

Meskipun senjata yang diluluskan oleh PDA diambil terus daripada stok sedia ada Pentagon ia berada di bawah kuasa USAI kerana kerajaan AS memperoleh senjata daripada industri melalui kontrak.

Pengumuman pakej baharu itu menjadikan jumlah komitmen bantuan keselamatan AS kepada Ukraine kira-kira AS$8.2 bilion sejak pentadbiran Biden. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast