Bomba berjaya memadamkan kebakaran yang memusnahkan 45 pondok tahfiz di Madrasah Al Imaniyah, Jalan Sungai Ular, Kampung Darat dekat Kuantan pagi ini. Gambar ihsan: JBPM

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangya 45 pondok tahfiz musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Madrasah Al Imaniyah, Jalan Sungai Ular, Kampung Darat dekat Kuantan pagi ini.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuantan, Ismail Abdul Ghani berkata, kebakaran pada pukul 9.39 minit pagi itu memusnahkan 100 peratus struktur bangunan yang didirikan menggunakan kayu dan papan.

Katanya, seramai 16 anggota bersama dengan menggunakan tiga jentera bomba digegaskan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

“Sejurus kami tiba, kita dapati api telah menjilat keseluruhan 45 pondok tahfiz terbabit yang setiap sebuah berkeluasan 10×10 kaki persegi.

“Kita memadamkan kebakaran menggunakan tiga aliran hos yang panjangnya 200 kaki dengan mendapatkan sumber air dari pam jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal dan operasi tamat pada pukul 10.29 pagi,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, tidak ada mangsa yang terkorban dalam insiden itu dan bomba kini sedang melakukan siasatan bagi mencari punca kejadian berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast