Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,720 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di negara ini, lebih rendah berbanding 4,816 kelmarin.

Jumlah itu termasuk lima kes import.

Angka terbaharu menjadikan kes terkumpul Covid-19 terus meningkat kepada 4,613,781.

Kes kematian yang direkodkan pula sebanyak tiga dengan jumlah kumulatif 35,914.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif yang dlaporkan pula berjumlah 48,252.

Daripada jumlah itu 96.6% atau 46,632 menjalani kuarantin di rumah manakala 3.2 peratus atau 1,542 di hospital.

Sebanyak 54 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 32 kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette