Benjamin Sesko. Foto The Mirror.

LONDON – Manchester United kini sedang memantau penyerang muda milik RB Salzburg, Benjamin Sesko bagi perpindahan pada musim depan, lapor Daily Mail.

Pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano bagaimanapun mendedahkan buat masa ini United belum melakukan apa-apa rundingan untuk mendapatkan penyerang berusia 19 tahun itu.

Namun ada kemungkinan mereka akan mendapatkannya memandangkan pemain itu dianggap sebagai pemain yang mempunyai bakat sangat besar untuk dibawa ke Old Trafford.

Sementara itu, hasrat United untuk menandatangani mana mana lagi pemain dari Ajax Amsterdam boleh dianggap berakhir.

Ini selepas selepas pengurus kelab Liga Belanda itu melarang mana-mana pemain daripada berpindah.

The Red Devils sebelum ini berjaya mendapatkan Lisandro Martinez dengan nilai perpindahan £57 juta dan kelab itu masih cuba memburu seorang lagi pemain Ajax iaitu Antony. – Agensi

https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-11044609/Manchester-United-join-race-55m-rated-Red-Bull-Salzburg-striker-Benjamin-Sesko.html

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast