Sebahagian pesakit yang diberikan rawatan selepas mengambil minuman keras beracun di Botad, India. Foto AP

AHMEDABAD – Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan 60 yang lain jatuh sakit selepas meminum minuman keras.

Pegawai kanan Kerajaan Mukesh Parmar berkata, kematian berlaku di daerah Ahmedabad dan Botad di negeri Gujarat, yang mana pembuatan, penjualan dan pengambilan minuman keras adalah dilarang.

Setakat ini tidak diketahui bahan kimia apa yang tekah digunakan untuk mengubah minuman keras itu.

Ketua Polis negeri Gujarat, Ashish Gupta berkata, beberapa suspek yang terlibat dalam penjualan minuman keras itu telah ditahan.

Kematian akibat alkohol yang dibancuh secara haram adalah perkara biasa di India.

Minuman yang dicampur dengan racun perosak, dijual pada harga murah.

Arak haram juga telah menjadi industri yang sangat menguntungkan di seluruh India kerana pihak yang terlibat tidak membayar cukai dan menjual sejumlah besar produk kepada golongan miskin pada kadar yang murah.

Pada 2020, sekurang-kurangnya 120 orang maut selepas meminum minuman keras tercemar di negeri Punjab di utara India. – AP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast