Sebahagian pegawai KPDNHEP KL yang menyertai latihan menembak di Lapang Sasar Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR — Seramai 95 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyertai latihan Kemahiran Pengendalian Senjata Api di Lapang Sasar Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP WPKL, Nurul Syarina Md Anuar berkata, latihan berkenaan diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran penggunaan senjata api dalam kalangan pegawai penguat kuasanya.

“Latihan ini merupakan salah satu acara tahunan yang kita lakukan”

“Ia dibuat bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran pengguna senjata api di kalangan pegawai”

“Antara acara hari ini adalah Centre Fire serta Falling Plate Berkumpulan anggota kementerian ini.” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Latihan yang melibatkan penggunaan senjata api itu bermula pada jam lebih kurang 9.50 pagi, selepas dirasmikan oleh Nurul Syarina, yang diiringi oleh Pegawai-pegawai Kanan KPDNHEP WPKL.

Terdahulu sebelum menjalani latihan, jurulatih menembak dari kementerian itu memberi taklimat mengenai cara mengoperasikan pistol serta memacu tepat kearah sasaran.

Latihan pengendalian senjata api ini diadakan selama dua hari, pada 26 hingga 27 Julai bertempat di lokasi sama.

Selain mereka, pengamal media dari MalaysiaGazette dan RTM juga sempat mengambil peluang menyertai latihan itu dan melepaskan beberapa tembakan sebelum tamat latihan tamat pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Sesi latihan yang dijalankan itu melibatkan dua senjata api jenis Glock-19 dan lima pucuk pistol Revolver. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast