Kajang District Police Chief ACP Mohd Zaid Hassan. Kajang prison inmate Covid-19 positive flee hospital
ACP Mohd Zaid Hassan.

KAJANG – Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia empat tahun di bawah jagaan mereka akan diheret ke mahkamah esok.

Pasangan itu, seorang wanita tempatan dan suaminya warga Singapura akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bangi di sini pada 9 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek telah direman sejak 22 Julai lalu hingga 28 Julai ini untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes ini.

“Hari ini polis telah merujuk kertas siasatan yang dilengkapkan ke atas kedua-dua suspek kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan berjaya mendapat arahan untuk menuduh pasangan suami isteri itu di mahkamah.

“Kedua-dua suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi jam 9 pagi esok (Rabu) di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana secara bersama-sama melakukan penganiayaan ke atas mangsa seorang kanak-kanak sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak hiperaktif didera keluarga angkat

Lima pekerja saksi Alia dipukul setiap hari

Jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, katanya, suspek kedua iaitu lelaki warganegara Singapura turut akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal lebih masa yang ditetapkan di Malaysia.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, pada 22 Julai lalu jam lebih kurang 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima satu laporan polis berkaitan kes penderaan dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan yang telah tular di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan sebuah Taman Perumahan di Beranang, Selangor.

Pasangan suami isteri yang ditahan itu merupakan ibu bapa angkat kepada mangsa.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada 18 Julai lalu disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa mangsa untuk telan nasi sehingga termuntah.

Mangsa dikatakan telah dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan hanger, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api. – MalaysiaGazette