Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (tengah) merasmikan Majlis Pelancaran Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 di Kuantan 188, hari ini.

KUANTAN – Seramai 500 peserta dalam dan luar negara akan memeriahkan acara sukan kenu di lima lokasi pantai di negeri ini dalam temasya Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, penganjuran acara sukan bertaraf dunia itu yang dijadualkan berlangsung 7 hingga 11 September depan.

Tambah beliau, acara perlumbaan kenu terbesar itu merupakan pertama kali penganjuran di rantau Asia Tenggara dan Malaysia ini sekali gus dapat mempromosikan pantai di negeri ini yang panjangnya sejauh 290 kilometer.

“Lima pantai yang terlibat Pantai Hiburan di Rompin, Pantai Lagenda di Pekan, Pantai Cherating, Pantai Balok dan Teluk Cempedak di Kuantan.

“Acara membabitkan lima peringkat dipertandingkan pada kejohanan yang pertama kali dianjurkan membabitkan laluan keseluruhan sejauh 64 kilometer.

“Daripada 500 peserta, 100 peserta dari luar negara termasuk dari Australia, New Zealand Thailand, Singapura, Jepun dan Portugal yang sudah mengesahkan penyertaan,” katanya pada majlis pelancaran Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 bertempat di Kuantan 188, hari ini.

Difahamkan Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022. bakal disiarkan menerusi saluran media sosial dan boleh ditonton di seluruh dunia dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM300,000 kepada peserta.

Tambah Sharkar, pihaknya masih membuat rundingan berikutan pertambahan penyertaan daripada penuntut university yang berminat menyertai acara sukan berkenaan turut menawarkan enam acara dalam kejohanan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast