Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
KUANTAN –  Yayasan Pahang (YP) menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhan institusi itu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, diskaun tersebut bermula 1 Ogos  sehingga 31 Disember 2022.
Yayasan Pahang yang ditubuh sejak 1982 sehingga kini memberikan diskaun itu kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain.
“Langkah ini merupakan tanda kerprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekali gus membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan YP bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Langkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan Covid- 19 sejak 2 tahun lalu serta peningkatan kos sara hidup ketika ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berharap  para peminjam memanfaatkan penawaran ini sebaik mungkin dan seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik serta bebas daripada bebanan hutang.
Terdahulu pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.
Sehingga kini Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1.684 juta orang penerima di seluruh Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast