Mohd Khairuddin Othman

SHAH ALAM – Sejak 2020, kerajaan Selangor telah menyelenggara 79 kemudahan sukan di seluruh negeri dengan peruntukan lebih RM3.897 juta.

Daripada jumlah itu, lebih RM2.008 juta dibelanjakan bagi menyelenggara 42 kemudahan sukan.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, bagi 2021 pula sebanyak 29 kemudahan telah diselenggara dengan perbelanjaan sebanyak RM1,512,852.69.

“Bagi tahun 2022, sehingga Jun sebanyak lapan kemudahan sukan telah diselenggara dengan perbelanjaan RM375,265.00.

“Di samping itu, terdapat permohonan yang masih dalam proses penilaian oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

“Perincian kemudahan yang telah diselenggara dari 2020 sehingga 2022 mengikut DUN adalah mohon dijawab secara bertulis,” katanya dalam sidang DUN Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, kata Mohd Khairuddin, cadangan membina Dataran Kompleks Belia di DUN Sementa adalah relevan dan boleh dilaksanakan di beberapa lokasi strategik.

Antaranya ialah kawasan lapang yang telah direzabkan seperti Kompleks Belia Sementa, kawasan lapang Klang Perdana dan Kawasan lapang Sungai Kapar Indah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast