Nurul Izzah (tengah) ketika melawat kawasan tragedi Gunung Inas di Baling, Kedah baru-baru ini.- Gambar FB Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Kita perlu menyuarakan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar bukannya mendahulukan pembangunan berdasar keuntungan walau sesiapa pun yang memerintah.

Itu kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengenai tragedi banjir di Gunung Inas, Baling di Kedah baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan untuk mengelak tragedi lanjutan perlu disegerakan.

“Kita mahu mana-mana kerajaan mengambil serius kerana dalam tempoh masa begitu singkat, tidak kira siapa jua yang memerintah – kita hanya mampu melakukan sedaya mungkin bagi menjaga keselamatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tragedi banjir di Baling juga memberi kesan juga kepada bekalan air di Pulau Pinang kerana air mentah dari Sungai Muda tercemar dengan selut dan pasir sehingga menyebabkan loji rawatan tidak dapat berfungsi dengan baik, katanya.

“Keselamatan rakyat, tanggungjawab kita bersama,” ujarnya.

Sebelum itu, Nurul Izzah melawat sendiri keadaan di Gunung Inas dan berjumpa dengan mangsa terlibat.

Beliau juga berjumpa dengan Abdul Rahman Ahmad yang kehilangan tiga ahlii keluarga termasuk isterinya dalam tragedi kepada tragedi kepala air itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nurul Izzah disindir kongsi foto Gunung Inas zaman PH memerintah