Seorang lelaki memakai pelitup muka ketika melalui kawasan beli-belah di Tokyo. foto Reuters

TOKYO – Jepun melaporkan 233,100 kes baharu Covid-19 hari ini, rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut ekoran subvarian BA.5 Omicron yang sangat mudah berjangkit terus berleluasa.

Tokyo sahaja mengesahkan rekod 40,406 jangkitan baharu, mengatasi 40,000 buat kali pertama, dengan jumlah kes melonjak 8,500 daripada seminggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Jepun berkata, sistem kesihatan negara ini semakin tegang.

Kiraan kes telah mengatasi jumlah minggu sebelumnya selama sembilan hari berturut-turut.

Memandangkan wabak di sini tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, Jepun melaporkan jumlah kes baharu tertinggi di dunia dalam seminggu hingga Ahad, dengan lebih 969,000 jangkitan. – Xinhua