PTTI telah meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 di sini baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 96 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kendalian pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar peperiksaan, PTTI memperoleh semua A pada tahun lalu berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas  pada 2021 berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus.

Selain itu, kata beliau, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus.

“PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik.

“Malah selepas enam tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan.

“Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi menghargai sokongan berterusan yang diberikan itu, PTTI telah meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 di sini baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, pelajar dan tetamu juga turut berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.

Beliau berkara, antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori di mana ategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.

“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga, Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM.

“Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini.

“Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua,” katanya.

Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, Siti Farhana berkatam PTTI kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar.

Beliau melihat iniasiatif itu sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40, PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi PTTI Better Result.

“Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI.

“Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast