Gambar fail
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi termasuk empat kematian di luar hospital.

Angka terbaharu itu menjadikan kes keseluruhan kematian akibat Covid-19 terus bertambah kepada 35,969.

Manakala kes jangkitan yang direkodkan dalam tempoh sama sebanyak 2,783 dengan tiga kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes kumulatif 4,642,132, menurut data COVIDNOW.

Angka kes aktif pula sebanyak 45, 306 dengan 1,477 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 54 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 kes menerima alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette