Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiada pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pada bulan Julai 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ini kerana, pada bulan lalu, harga purata peringkat ladang bagi cuplump di Semenanjung adalah RM 2.85 sekilogram; Sabah (RM 2.50 sekilogram) dan Sarawak (RM 2.60 sekilogram), kata Lembaga Getah Malaysia.

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang bagi cuplump berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Manakala IPG lateksakan teraktif apabila IPG cuplump teraktif.

Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar RM0.90 sekilogram lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK). – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast