KUALA LUMPUR – Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) dan Samaiden Group Berhad (Samaiden) bersetuju untuk meneroka sistem solar photovoltaic (PV) dan loji tenaga di Indonesia.
Perjanjian usaha sama (JV) ini melibatkan kerjasama dua syarikat tersebut menerusi kejuruteraan, perolehan, pembinaan & pentauliahan (EPCC) sistem
Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, usaha sama ini meletakkan kedua-dua syarikat dalam kedudukan strategik untuk memanfaatkan peluang RE yang ditawarkan Indonesia.
Sebagai tambahan kepada EPCC PV solar, usaha sama ini akan menyediakan perkhidmatan perundingan TBB dan alam sekitar, operasi dan penyelenggaraan (O&M), dan kemudahan TBB pemindahan kendalian-sendiri terbina.
“Sebuah syarikat JV dengan modal dibenarkan sebanyak IDR10.1 bilion (RM3.03 juta) akan diperbadankan di Indonesia untuk tujuan ini. Penubuhan syarikat JV baharu itu dijadualkan selesai pada penghujung Ogos 2022 di Jakarta,” katanya di sini hari ini.
Aneka Jaringan bersama anak syarikatnya, PT Aneka dan Samaiden masing-masing akan memegang 45 peratus dan 50 peratus kepentingan dalam syarikat JV itu.
Selebihnya akan dilanggan oleh rakan kongsi perniagaan Aneka Jaringan yang berpangkalan di Indonesia.
Mengulas lanjut katanya, usaha sama ini menyediakan akses Samaiden kepada pasaran Indonesia dan membenarkan Aneka Jaringan yang sudah pun mempunyai kehadiran di Indonesia melalui anak syarikatnya, PT Aneka Jaringan Indonesia (PT Aneka), untuk menambah rantaian nilainya dalam segmen yang berkembang pesat.
Tse Fui berkata, pejabat baharu di Jakarta hampir siap, bersedia untuk mengalu-alukan syarikat JV baharu dan ini akan membolehkan mereka beraksi secara aktif untuk memanfaatkan potensi tenaga suria 400,000 megawatt (MW) Indonesia.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Samaiden melalui syarikat JV ini yang dijangka mengukuhkan rantaian nilai dan daya tahan perniagaan Aneka Jaringan sambil menyumbang kepada matlamat neutraliti karbon Indonesia.” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, Indonesia membentangkan potensi besar dalam bidang kepakaran Samaiden – RE, khususnya sistem PV solar.
Pihaknya menganggap Aneka Jaringan melalui anak syarikatnya di Indonesia sebagai rakan kongsi sempurna yang mempunyai pengetahuan, rangkaian dan pengalaman tempatan yang boleh mempercepatkan dan menyokong pengembangan geografi syarikat.
“Dengan lebih 200 projek siap di bawah kendalian kami, kami komited untuk menyediakan penyelesaian terbaik kami untuk menyokong cita-cita bersih-sifar Indonesia.” katanya. – MalaysiaGazette