Kembar Bernardo and Arthur Lima kini menjalani proses pemulihan di hospital. Foto PA Media

BRASILIA – Kembar Brazil yang bercantum di kepala telah berjaya dipisahkan dengan bantuan realiti maya (VR).

Bernardo dan Arthur Lima yang berusia tiga tahun menjalani pembedahan di Rio de Janeiro, dengan arahan dari Great Ormond Street Hospital di London.

Pasukan perubatan itu menghabiskan beberapa bulan untuk mencuba teknik menggunakan unjuran realiti maya kembar, berdasarkan imbasan imbasan tomografi berkomputer (CT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI).

Ia adalah salah satu proses pemisahan paling kompleks yang pernah diselesaikan, menurut badan amal yang membiayainya – Gemini Untwined – yang diasaskan oleh Owase Jeelani  pada 2018.

Beliau berkata, buat pertama kalinya, pakar bedah di negara berasingan memakai alat dengar dan beroperasi di “bilik realiti maya” bersama-sama.

Kembar itu telah menjalani tujuh pembedahan, melibatkan lebih 27 jam masa operasi dalam pembedahan terakhir sahaja.

Pembedahan ini melibatkan hampir 100 kakitangan perubatan.

Keadaan kembar Brazil sebelum dipisahkan. Foto PA MediaBercakap mengenai aspek VR dalam pembedahan itu, Jeelani memberitahu agensi berita PA: “Ia sungguh mengagumkan. Ia benar-benar hebat untuk melihat anatomi dan melakukan pembedahan sebelum anda benar-benar meletakkan kanak-kanak pada sebarang risiko.

“Anda boleh bayangkan betapa meyakinkan untuk pakar bedah.

“Dalam beberapa cara, operasi ini dianggap paling sukar pada zaman kita dan untuk melakukannya dalam realiti maya adalah perkara ”manusia di Marikh.”

Dia berkata, percubaan untuk memisahkan kembar ini tidak berjaya sebelum ini kerana anatomy cukup sukar disebabkan parut tisu dan prosedur berisiko.

Jeelani mengakui dia benar-benar lelah selepas operasi 27 jam itu kerana hanya berehat 15 minit sebanyak empat kali untuk makan dan minum.

Namun, dia gembira apabila melihat senyuman keluarga kembar itu selepas pembedahan berakhir.

Menurutnya, kembar siam itu mengalami tekanan darah dan degupan jantung yang tinggi selepas berpisah sehinggalah mereka disatukan empat hari kemudian dan dapat menyentuh tangan masing-masing.

Kembar berkenaan semakin pulih dan akan menjalani proses rehabilitasi dalam tempoh enam bulan.

Pembedahan ini merupakan operasi keenam oleh Jeelani selepas melakukan prosedur ke atas kembar dari Pakistan, Sudan, Israel dan Turkiye. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast