NEW YORK – Seorang lelaki berusia 20 tahun didakwa menembak seorang pekerja McDonald’s kerana menghidangkan kentang goreng sejuk, kata sumber polis.
Michael Morgan dituduh melakukan cubaan membunuh dan memiliki senjata dalam kejadian pada hari Isnin lalu.
Suspek menyerbu McDonald’s selepas ibunya, Lisa Fulmore, membuat panggilan kepadanya selepas tidak puas hati dengan hidangan kentang sejuk yang diberikan oleh pekerja restoran, Matthew Jeremiah Webb.
Semasa bertengkar, Morgan dan pekerja itu keluar dari restoran berkenaan, yang mana tertuduh kemudian dikatakan telah menembak leher mangsa.
Morgan dalam satu temu bual dengan The Post mendakwa, pekerja McDonald’s itu telah mentertawakan ibunya selepas meminta untuk bercakap dengan pengurus restoran.
Dia datang menyerbu restoran itu untuk membela ibunya
Morgan telah ditangkap sejurus selepas kejadian dan didakwa pada malam Selasa, kata polis.
Camellia Dunlap, 18, teman wanita Morgan pula didakwa dengan dua pertuduhan memiliki senjata jenayah selepas dia mengaku telah menyerahkan pistol miliknya kepada tertuduh.
Webb, 23, dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal setakat pagi Rabu, kata polis.
“Saya tidak bersedia untuk menghadapi keadaan ini. Fikiran saya tidak stabil” kata ibu mangsa ketika ditemui di Brooklyn’s Brookdale Hospital tempat anaknya dirawat. – NY Post