Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah berhubung dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada 22 Ogos ini, selepas dua peguam belanya dijangkiti COVID-19.

Peguam bela, Aiman Abdul Rahman, yang mewakili beliau, memberitahu Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, bahawa peguam utama kes itu, Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh, dijangkiti COVID-19.