Wakil pemandu e-hailing dan p-hailing dijadualkan bertemu dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Isnin ini bagi membincangkan isu yang berbangkit sehingga mengakibatkan ketidakpuasan hati sejak kebelakangan ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Khaizulnizam Mohamad Zuldin berkata, dalam masa yang sama pihaknya juga akan mengatur pertemuan e-hailing dan p-hailing dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pula.