KUALA LUMPUR – Penghantar makanan bermotosikal termasuk GrabFood dijangka melancarkan mogok hari ini.
Selain itu, mogok sehari itu dijangka disertai penghantar agensi Lalamove, Shopee food, EASI, Borzo, Sama Sama Lokal, Misi Rakyat dan Airasia Food.
Dalam poster yang tular di platfom media sosial sejak semalam mereka memuatkan tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider di dalam poster.
Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa mereka tidak akan menjalankan operasi untuk tempoh sepanjang hari.
Berdasarkan tanda pagar dalam poster itu juga menunjukkan mogok yang dilancarkan ada kaitan dengan rasa tidak puas hati mereka terhadap kadar bayaran yang diterima.
Bagi GrabFood, penghnatar makanan mereka dijangka berkumpul beramai-ramai di Lembah Klang seperti Sunway Pyramid, IOI Putrajaya, EKO Cheras Mall, Lotus Ampang, Melawati Mall, McDonalds Batu Caves, 1 Utama Shopping Centre, KLCC, Gogo dan Pavilion Bukit Bintang.
Dijangka kira-kira pukul 5, mereka akan beramai-ramai ke Ibupejabat Grab untuk menghantar memorandum dan nota tuntutan.- MalaysiaGazette
Sertakan tuntut bayaran kepada semua yang tidak dibayar adil dan duit aidai serta duit vendor close duit jarak penghantaran . Kenapa tak link map dengan google untuk mudah kira jarak penghantaran . Kenapa nak turunkan fare sedangkan barang semua makin naik ? Kenapa tak suspent orang yang tayang gaji sedangkan boleh menarik perhatian orang yang bebal . Kenapa kenapa kenapa kenapa perlu turunkan fare? Nak bagi kitaorang yang jalan santai ni makan apa? Makan angin . Risiko atas jalan lagi bahaya dari orang gomen duk opis okay .. ni kerja rider macam kerja atas kapal gaji besar risiko besar tuh kena faham . Suruh gomen tuh kerja rider bebal sangat kalau nak minta cukai dekat hq ..