Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran

KUALA LUMPUR – MIC mengambil keputusan menggantung keahlian seorang ahlinya yang menjadi tular dalam sebuah video selepas mendatangkan kecederaan menggunakan pisau kepada individu lain.

Video itu yang dirakam oleh pihak lain itu jelas menunjukkan Jegatheeswaran [email protected] Eswaran yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda MIC Kebangsaan telah melakukan perbuatan yang bertentangan parti.

Menurut Setiausaha Agung MIC, RT Rajasekaran kepada MalaysiaGazette, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan jenayah mahu pun bertentangan dengan undang-undang.

“MIC sama sekali tidak menyokong mana-mana keganasan di dalam apa jua bentuk dan cara sekali pun. Dengan ini, MIC akan gantung keahlian Tamilan Eswaran berkuatkuasa serta merta selama 12 bulan mengikut Artikel 61.1 Perlembagaan parti.

“Namun ingin saya tegaskan, penggantungan ini tidak bermakna kita telah menganggap beliau bersalah sebaliknya kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat secara adil dan telus.

“Keputusan tegas ini terpaksa diambil memandangkan video kejadian tersebut telah tular di media sosial dan parti MIC khuatir jikalau sebarang tindakan yang tegas tidak diambil, maka ia akan menjadi perkara buruk kepada mana-mana pihak.

“Sebarang tindakan parti MIC berikutan perkara ini, akan berlandaskan kepada penyiasatan dan tindakan seterusnya oleh pihak polis kelak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki toreh tangan mangsa guna pisau gara-gara laporan SPRM

Rajasekaran mengulas insiden seorang ahli MIC yang juga Pemuda MIC Titiwangsa bertindak menoreh tangan seorang lelaki menggunakan pisau sehingga mendatangkan kecederaan sedalam 3 sentimeter Jalan Ipoh petang semalam.

Mangsa telah dihantar ke hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil manakala suspek pula telah di tahan polis lewat malam tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah  Sentul.

Di fahamkan kedua-dua mereka berselisih faham berhubung aduan penyewelengan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dalam pada itu, kata Rajasekaran lagi, MIC juga tidak akan sesekali menyokong mana-mana pihak dalam perkara ini malah tidak akan mengambil apa-apa tindakan menghalang sebarang siasatan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Presiden MIC tak kompromi jika ahli terlibat kes jenayah